Berapa banyak daripada kita selepas berbuka berasa sukar bernafas, letih dan terlalu mengantuk. Hal ini berlaku kerana badan kita telah terbeban dengan kandungan makanan yang menyebab masalah tadi.
Memang biasalah bila dah dekat-dekat nak berbuka kita akan terasa nak makan macam-macam. Kalau ke bazaar ramadhan apatah lagi, rasa nak je beli macam -macam. Namun tabiat seperti ini sepatutnya dielakkan. Bukankah bulan puasa ini adalah bulan kita menundukkan hawa nafsu, jadi tak sepatutnya kita menurutkan sahaja nafsu makan kita.
Bagaimana Cara nabi berbuka
Anas bin Malik ada menceritakan Nabi Muhammad berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum melaksanakan solat maghrib. Seandainya kurma basah tiada, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Sekiranya kurma kering tiada, baginda berbuka dengan beberapa teguk air. Selepas itulah barulah baginda melaksanakan solat,sedangkan belum selesai berbuka. Contoh yang diberikan nabi sangat bermanfaat kepada kesihatan perut. Amalan ini dapat melancarkan sistem penghadaman.
Di waktu yang sama, khasiat kurma basah yang kaya dengan gula ringkas dapat memberikan tenaga dengan segera apabila dicampur dengan air yang sangat diperlukan ketika kehausan. Cara pemakanan yang diajar oleh Nabi sememangnya mengandungi hikmah yang cukup besar.
Ketika seseorang yang berpuasa berbuka dengan kurma, ia akan merasakan kekenyangan kerana terdapat peningkatan gula di dalam darah. Setelah itu menunaikan solat maghrib, dia boleh kembali menyambung semula mengikut keperluan badan tanpa berlebihan. Tujuannya agar kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna tanpa merasa malas dan termengah-mengah seprti mana yang dialami oleh orang yang berlebihan ketika makan berbuka.
Cara pemakanan yang sihat ketika bulan Ramadhan
Bagi mengelakkan sebarang keletihan dan kelesuan, orang yang berpuasa dinasihatkan supaya menjaga pemakanan mereka dengan mengambil makanan yang seimbang. Diantara kriteria makanan seimbang adalah:
1. Makanan yang kaya dengan zat gula (karbohidrat)seperti nasi dan kuih-muih.
2.Makanan yang kaya dengan protein seperti telur, susu, ikan , daging dan sayuran
3. Buah-buahan dan sayuran.
Mencukupkan ketiga-tiga kategori makanan tersebut adalah perlu bagi mereka yang berpuasa supaya makanan yang dimakan adalah makanan yang sihat. Sebaiknya kebihkan memakan sayur dan buah-buahan kerana badan memerlukan zat mineral yang tinggi. Ianya sebagai pelengkap kepada vitamin yang penting bagi memulihkan kekuatan badan. Ini kerana sebatian yang terdapat dalam sayur dan buah tidak dapat dicerna oleh badan dan menjadikan orang yang berpuasa sentiasa rasa kenyang. Ianya sangat baik bagi mengatasi masalah sembelit.
Tips ketika berbuka puasa
Segera berbuka apabila masuk waktu
Semua orang tahu, lebih afdhal kita menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya.
1. Berbukalah dengan Kurma
Berbukalah dengan kurma dahulu, tak kiralah Yusuf Taiyoob ke apa kerana ianya mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga dengan segera serta mengandungi serat yang dapat mengekalkan tenaga dengan lebih lama . Kemudian bolehlah kita solat maghrib dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga mampu menstabilkan bendalir badan setelah seharian berpuasa kerana ianya mengandungi potassium.
2. Peraturan 20 minit
Suapan bertama dengan kurma ketika berbuka akan mengambil masa 20 minit untuk merasa kenyang. Ini bermakna, sekiranya kita makan sepanjang 20 minit, dikhuatiri kita akan makan secara berlebihan sebab itu selepas berbuka dengan kurma digalakkan solat maghrib dahulu. Sunnah Nabi S.A.W ada menyatakan “berhentilah makan sebelum kenyang”.
3. Target Kalori sekitar 700kcal
Target pengambilan kalori ketika berbuka dalam lingkungan 700kcal. Bermulalah dengan makanan seimbang agar nafsu makan terkawal serta hindari makan secara berlebihan. Pilihlah
-makanan berserat dari sumber buah dan sayuran bagi mengantikan kuih muih yang manis.
-makan yang megandungi sumber protein berkualiti seperti ayam, ikan, telur, daging
-Sumber karbohidrat seperti nasi, bihun, kentang,roti dan mee
Kurangkan makanan pedas serta jauhi makanan ringan seprti jeruk erana kandungan asidnya boleh menganggu proses penghadaman dan menyebabkan ketidakselesaan usus disebabkan perut telah lama kosong tanoa makanan.
4.Jenis air ketika berbuka.
Semasa berbuka selalunya saya akan ada 3 jenis air .
Air panas- Ini bagi membantu ‘panaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat hampir lebih kurang 12 jam. Diminum ketika berbuka dan tidaklah terlalu panas .
Air Kosong: Bagi menghilangkan dahaga dan yang penting tidak berkalori. Minumlah secara beransur-ansur dan perlahan.
Air manis- Diminum akhir sekali sebab teringin nak minum.. Hehe tapi jangan berlebihan
Hold on seketika minuman berkafein seperti teh dan kopi kerana ianya akan menganggu proses penyerapan nutrien dalam badan
Cadangan Menu Berbuka:
1-2biji kurma
1 cawan nasi
Air kosong atau jus buah tanpa gula
Sayur-sayuran
Lauk pauk yang dikukus atau dipanggang serta kurang berlemak.
Begitulah tips berbuka puasa secara sihat yang sangat mudah. Yang penting perlukan perancangan apa yang nak dimakan. Apa yang perlu didahulukan dan dikemudiankan. Merancang bukan semasa nak buat bisnes atau apa-apa projek je tau. Nak berbuka pun perlukan perancangan, tidaklah nanti kita keletihan dan mengah setelah berbuka. Nanti nak beribadah pun jadi malas.
So perancangan untuk berbuka adalah penting agar kita kekal cergas dan proaktif sepanjang bulan Ramadhan ini.
SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA
Your Shaklee Independent Distributor
Nurul Farahana Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 010.433 3453
♥ Shaklee ID : 1190959
♥ FB PAGE : Ez-Hamil
♥ Email : farahaersid@gmail.com
ATAU
Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 80 untuk keahlian Seumur hidup.
KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.
No comments:
Post a Comment