Tips Tampil Cantik Berseri di Hari Raya


Ramadhan semakin berlalu pergi. Lebih kurang 2 minggu lagi Syawal bakal menjelma. Pastinya kaum wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Lebih-lebih lagi di hari raya  nanti. Ada yang sibuk cari baju raya cantik, kasut raya, beg raya  dan macam-macam lagi, semuanya agar kelihatan cantik bagi meraikan hari raya Aidifitri bersama sanak saudara serta keluarga tercinta.



Dalam sibuk mencari baju raya  yang cantik tu, anda bolehlah luangkan masa yang ada ini untuk merawat diri anda agar lebih sihat dan cantik luar dan dalam.
Di sini saya kongsikan beberapa tips agar tampil cantik semasa hari raya.

Tips Tampil Cantik Berseri di Hari Raya

1)Manjakan diri dengan spa buatan sendiri di rumah


Luangkan masa untuk memanjakan diri ala spa dirumah seperti membuat rawatan kulit(masker/scrub), mencuci rambut atau menikmati mandian buih di rumah. Anda boleh membuatnya sendiri.

Mandian Spa- Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi. Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

Urutan Spa-  urutlah seluruh tubuh anda. Uratan mampu membuatkan tubuh anda lebih relaks, santai dan mengurangkan stress. Stress yang berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Sambil melalukan urutan anda boleh menikmati muzik lembut bagi meredakan ketegangan.

Anda boleh mulakan urutan dengan pelembap atau minyak dari dasar kepala  anda. Gunakan jari bagi mendapatkan daerah kecil tulang belakang anda. Anda boleh juga mengurut  tangan dan kaki menggunakan kaedah yang serupa.

Masker SpaMasker  boleh membantu membuang sel kulit mati dan mencegah muka daripada kelihatan kusam. Plain yoghurt sangat bagus dalam membersihkan dan menghilangkan liang pori-pori, menghindari jerawat serta melembabkan kulit. Madu sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit kerana kandungan anti bakteria yang terdapat di dalamnya. Tambahkan perahan lemon dan sedikit madu ke dalam yogurt plain, kacau hingga sebati.

Selepas itu, bolehlah diratakan ke seluruh wajah anda yang telah dicuci dan biarkan selama 15 minit agar khasiatnya dapat diserap ke dalam wajah. Kemudian cucilah dengan air suam. Hasilnya anda akan memperolehi wajah yang segar sihat semulajadi.

Skrub Spa- skrub pula boleh menghilangkan keletihan badan dan daki yang terkumpul.

Skrub hampas kelapa-Ada lebihan hampas kelapa semasa nak masak rendang atau masak lauk lain?

Hampas kelapa ni boleh dijadikan skrub badan tauu. Ia dapat membantu menghaluskan dan mencerahkab kulit.Lagi best, ia akan membuatkan kulit badan lebih lembap dan dapat menghilangkan kesan gelap di kawasan intim.
Kalau ada produk Shaklee di rumah, buat juga buat masker instant. 

2)Guna ais untuk segarkan wajah



Sebelum mekap pada pagi Syawal, tekapkan muka dengan ais. Sangat best. Muka akan terasa segar dan mekap akan lebih tahan lama tauu.

3) Rawatan Untuk Kulit Lebih Cerah



Minyak zaitun boleh  dimanfaatkan bagi memperolehi kulit yang cerah berseri. Caranya adalah dengan mencampurkan minyak zaitun dengan body lotion yang anda pakai. Kemudian sapukan pada kulit dan lakukan urutan lembut ketika memakainya.

4)Lembapkan kulit dengan minyak zaitun



Badan mengalami kekurangan air ketika berpuasa. Ini mengakibatkan  kulit menjadi kering serta kusam. 
Minum bannyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
Selain meminum air yang cukup, sapu minyak zaitun di muka untuk memperolehi kulit yang lembap dan halus

5)Ambil sayuran dan buah-buahan



Ketika raya, kemungkinan besar untuk makan sayur dan buah agak sukar. Mana taknya, kebanyakan makanan yang dihidangkan penuh kolestrol seperti lemang dan rendang.Makanya, dengan memakan buah dan sayur setiap hari di bulan Ramadhan membantu badan untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi.

6)Rambut Cantik Menawan


Minyak kelapa sangat bermanfaat bagi menjaga kesihatan rambut. Kandungan lemak sihat yang terdapat di dalamnya akan merawat setiap helai rambut anda sehingga menghasilkan rambut yang lembut dan halus.

7)Memutihkan Gigi



Penampilan anda akan lebih terserlah apabila memiliki gigi yang kelihatan putih dan bersih .Selain berjumpa dengan  doktor gigi, anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Campurkan perahan lemon dengan baking soda. Anda bolehlah menggunakannya ketika menggosok gigi. Lakukannya secara berkala iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.

8)Kekal cergas dengan jus kurma


Kurma mampu membekal tenaga segera kepada badan semasa berpuasa. Anda juga boleh buat jus kurma bersama susu atau ESP untuk nampak cergas dan bertenaga.

9)Tidur Cukup menjadikan awet muda


Waktu malam merupakan masa terbaik untuk tidur. Ketika inilah badan sedang bekerja untuk membaik pulih segala kerosakan sel badan di siang hari. Tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.

10)Rehatkan kulit wajah anda


Pada waktu tertentu, biarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang solekan. Kulit juga perlu bernafas! Elakkan sisa mekap dibiarkan melekat pada muka ketika tidur.

11)Ketawa, Optimis dan yakin diri



Ketawa penawar duka. Sentiasa senyum kerana senyuman terapi paling mudah menghalang proses penuaan.

Anggap diri sentiasa hebat dan cantik. Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan sendirinya penampilan akan menyerlah.

Supplemen agar tampil cantik berseri menjelang raya

Selain daripada tips yang dikongsikan di atas, boleh juga mencuba supplemen Shaklee sekiranya ingin cantik atau nak dapatkan kulit yang sihat atau inginkan kulit yang putih semulajadi atau impikan wajah yang moist dan gebu.


Tak tahu nak pilih yang mana satu? Jom Konsult dengan saya. Set yang bersesuai dengan budget dan jenis kulit anda akan dicadangkan.

Testimoni Set Kecantikan Shaklee









 Sudahkan anda bersiap sedia  untuk tampil cantik dan menawan di hari raya nanti?

Jom mulakan usaha untuk tampil cantik dari sekarang. Kami hanya buat masker dan skrub berasaskan produk Shaklee dan mengambil vitamin Shaklee untuk lebih sihat, cantik, berseri.

SEBARANG  KEMUSYKILAN ATAU INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA




Your Shaklee Independent Distributor


Nurul Farahana Aersid
♥ SMS | Call | Whatsapp : 010.433 3453
♥ Shaklee ID : 1190959
♥ FB PAGE : Ez-Hamil
♥ Email : farahaersid@gmail.com

ATAU

Nak lebih Jimat? Nikmati diskaun dari 15%-25% jika  mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Hanya RM 80 untuk keahlian Seumur hidup.

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT



.............................................................................
DISCLAIMER:
Di ruangan ini,saya ingin memaklumkan kepada semua pembaca blog/laman web http://www.ez-hamil.com/ bahawa SEMUA PRODUK yang dikongsikan di dalam blog / laman web saya BUKAN/TIDAK  bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Penulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas segala kerosakan, kerugian atau kemalangan yang berpunca daripada ketidakfahaman (salah faham/salah tafsir) pengguna berkaitan dengan pengunaan produk-produk yang dikongsikan.





No comments:

Post a Comment